Pembelajaran maya
mula digunakan seiring dengan perkembangan internet. Istilah pembelajaran maya
sering dikaitkan dengan istilah-istilah seperti e-pembelajaran, pembelajaran
jarak jauh dan sebagainya. Menurut Jamaludin (2000) dalam jurnal yang bertajuk Pembelajaran Maya
(Virtual Learning) dan Pembangunan Komuniti ‘pembelajaran maya adalah satu
corak memperolehi ilmu atau pendidikan menggunakan sistem pendekatan penyampaian
pengajaran bagi membolehkan perubahan kekal dalam diri seseorang individu dari
segi mental, pemikiran, konsep, sikap dan perlakuan melalui pengalaman yang
tertentu yang diuruskan melalui suatu sistem talian (online) yang menguruskan pembelajaran,
membekalkan mekanisme penghantaran pengetahuan/maklumat’. Ini membawa maksud bahawa
pembelajaran maya adalah sama seperti pembelajaran biasa yang melibatkan
komunikasi antara tenaga pengajar dengan pelajar tetapi yang membezakannya
ialah mereka tidak bertemu secara bersemuka malah bertemu melalui ruang maya.
Selain itu, penilaian dan pemantauan oleh tenaga pengajar juga dilakukan
seperti pembelajaran biasa.
Namun
begitu, terdapat beberapa masalah dalam mengaplikasikan pendidikan jarak jauh.
Pertamanya, kepakaran tenaga pengajar menggunakan peralatan teknologi and
inovasi yang berkembang dengan pesat. Ramai guru memilih cara tradisional untuk
mengajar anak murid mereka kerana kekurangan kemahiran menggunakan peralatan
moden tersebut. Kedua, pembelajaran tanpa bersemuka dengan tenaga pengajar juga
menyebabkan pelajar sukar atau lambat dalam menyelesaikan sesuatu kemusykilan
dalam subjek. Antara faktor yang menyebabkan kesukaran tersebut adalah
kebolehan mengakses internet oleh guru mahupun pelajar, kemudahan komputer dan
sebagainya. Ketiga, pembelajaran dan pengajaran dalam pendidikan jarak jauh
juga tidak mendisiplin pelajar dan bersikap sambil lewa kerana pembelajaran
adalah mengikut kesesuaian masa mereka. Malahan, tenaga pengajar tidak akan
tahu akan kemampuan para pelajarnya kerana tidak bersemuka dan berbincang
secara perseorangan sepertimana yang dilakukan dalam pengajaran cara
tradisional. Keempat, pelajar akan menghadapi masalah apabila perlu membuat
pembentangan atau berkomunikasi di hadapan kelas. Ini kerana kemahiran
komunikasi, kemahiran membuat keputusan dan sebagainya tidak terlatih akibat
pembelajaran online. Kelima, kepentingan perkembangan teknologi dan
inovasi mendahului kepentingan guru dalam kalangan para pelajar. Ini kerana
pelajar belajar secara kendiri menggunakan teknologi dan semua maklumat boleh
diperolehi di hujung jari. Keenam, penggunaan pelbagai jenis bahan bantu
mengajar elektronik melibatkan kos yang tinggi.
Maka, berikut
adalah beberapa cadangan agar pembelajaran maya dapat dilaksanakan
dengan lebih berkesan dan seterusnya membolehkan para pelajar memperolehi
kelayakan , kelulusan, kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk kegunaan
di alam pekerjaan :
Bantuan
kewangan
Peranan kerajaan amat penting
dalam menyediakan sumber kewangan kepada pelajar pendidikan jarak jauh agar
mereka dapat belajar dengan tenang dan selesa. Sumber kewangan yang dimaksudkan
ialah yang berbentuk biasiswa atau pinjaman.
Kursus
teknologi dan inovasi untuk tenaga pengajar
Para guru dan pensyarah perlu
melengkapkan diri dengan kemahiran komputer dan sentiasa seiring dengan
perkembangan teknologi. Ini kerana teknologi dan inovasi sentiasa mempunyai
pembaharuan akibat penemuan teknologi baru. Oleh itu, para tenaga pengajar
harus mengikuti kursus-kursus berkaitan teknologi dan inovasi bagi memantapkan
proses pengajaran mereka.
Penyelidikan
dan kajian oleh pihak universiti
Penyelidikan dan kajian yang
konsisten perlu dibuat ke atas aspek-aspek pengurusan dan pentadbiran sistem
pendidikan jarak jauh, teknologi pendidikan yang digunakan e-mail, video sidang
dan sebagainya), kebajikan dan hal-ehwal pelajar dimana bantuan nasihat dan
kaunseling kepada pelajar pendidikan jarak jauh yang mempunyai masalah
pembelajaran perlu ditekankan, prestasi pelajar dan sebagainya. Keadaan ini
penting bagi mengetahui keberkesanan pendidikan jarak jauh dan sebagai satu
langkah untuk mengetahui kelemahan yang perlu dibaiki.
Peranan ibu bapa
Ibu bapa harus memantau aktiviti dan
pembelajaran anak-anak agar mereka tidak melakukan atau terlibat dalam
gejala-gejala yang tidak sihat. Ini kerana ramai yang menyalahgunakan kemudahan
teknologi.
Memberi
penghargaan kepada tenaga pengajar yang cemerlang
Penghargaan
ini boleh diberi kapada para tenaga pengajar agar dapat mendorong mereka untuk
berusaha dengan gigih untuk meningkatkan pemahaman pelajar dengan pencetusan
idea-idea yang baru dalam proses mengajar menggunakan teknologi. Tambahan pula,
kewujudan pembelajaran maya telah memperkecilkan peranan tenaga pengajar dan
seolah-olah tidak penting.
hi..pengajaran jarak jauh merupakan isu yang harus diberi perhatian. cadangan yang telah dikemukakan juga lebih menonjol dan boleh dipertimbangkan agar taraf pendidikan di malaysia dapat dipertingkatkan. :)
ReplyDeletenama: jayanthi a/p murugasan
matrik: a128962
e-mail: jay_ukm@yahoo.com
Isu yang saudari Sharlini kemukakan sangat menarik perhatian saya. Saya bersetuju bahawa pendidikan maya amat membantu dalam meningkatkan taraf pendidikan negara kita. Isu ini sememangnya patut diberi perhatian.
ReplyDeleteNama: Froline Ak Matthew
Matrix: A129173
E-mail: aelfricm@gmail.com
pengajaran jarak jauh. walaupun cara baharu ini kelihatan canggih dan lebih mudah, saya yakin sistem pengajaran tradisional adalah jauh lebih efektif oleh kerana sistem pengajaran jarak jauh di negara ini masih tidak efisien. walaubagaimanapun, dengan usaha yang dilakukan untuk memperbaik sistem pengaran jarak jauh di negara ini, saya yakin gabungan sistem baharu ini dengan sistem tradisional bakal memberi impak yang besar kepada sistem pendidikan di Malaysia. Sistem tradisional tidak boleh dipinggirkan sama sekali.
ReplyDeletetindakan bagi mengatasi masalah ini amat penting bagi mengelakkan pembelajaran maya ini terbantut dan seterusnya negara gagal mengaplikasikan teknologi seiring dengan arus permodenan dan bagi mencapai wawasan 2020. usaha pemantauan bagi memantapkan lagi pembelajaran maya harus sentiasa dilakukan dari masa ke masa.
ReplyDeleteNama: MUHAMMAD AHNAF BIN FAKHRUR RAZI
Matrix: A130910
Email: sky_up98@yahoo.com.my
Pembelajaran Maya lazimnya merupakan pengajaran yang boleh memberi banyak maanfaat kepada pelajar-pelajar yang sudah mula bekarja, atau kepada mereka yang sudah berkahwin dan susah untuk menghadiri kelas. namun, terdapat juga banyak masalah yang timbul akibat. salah satunya adalah seperti mana yang anda telah kemukakan iaitu pelajar mungkin menghadapi masalah dalam memahamui susuatu topik kerana guru mungkin tidak dapat menjelaskan dengan efektif melalui komputer. Oleh itu, masalah ini haruslah diatasi supaya orang ramai boleh memanfaatkan pembelajaran Maya dengan lebih baik.
ReplyDeleteZainab binti ibrahim
A129231
FSSK
Lecturer : En. Jasmy Bin Abdul Rahman
BAGI MENCAPAI WAWASAN 2020, PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB HARUSLAH MEMBERI PERHATIAN DALAM PENDIDIKAN MAYA INI. HAL INI KERANA, PENDIDIKAN MAYA DAPAT MENAIKKAN TARAF PENDIDIKAN KITA DI PERINKAT ANTARABANGSA
ReplyDeleteNAMA: PRIMILA A/P ELANGKUMAR
NO MATRIK: A129165
EMAIL: SWEET_MILA17@YAHOO.COM
Isu yang anda kemukakan sangat menarik kerana pembelajaran maya atau juga dikenali sebagai virtual learning di universiti adalah satu perkara yang boleh mendatangkan pelbagai kebaikan kepada masyarakat dan negara kita. Meskipun, pembelajaran maya ini boleh dikatakan satu sistem yang telah diaplikasikan dalam sistem pembelajaran di pengajian tinggi tapi masih ramai yang masih asing dengan perkara tersebut. Lantaran itu, pembelajaran secara maya ini tidak memberikan impak yang sepenuhnya kepada sistem pembelajaran negara kita.
ReplyDeleteNama: Siti Aishah bt Ramli
Matrix: A129308
Email: ayeisha_kentzo@yahoo.com